Rahsia RM10K Sebulan

Wednesday, December 22, 2010

Lady Cheer -Pembersih Khas Untuk Wanita

Ini adalah satu lagi produk keluaran HPA yang bermutu dan toyyiba. Sesuai untuk dijadikan produk berniaga online.

Rumusan istimewanya adalah daripada ekstrak SIREH dan MANJAKANI. Ia bertindak membersih bahagian kewanitaan anda secara semulajadi agar lebih segar, harum dan yakin sepanjang hari.

Sesuai untuk semua golongan wanita, apatah lagi untuk ibu bersalin. Sudah tentu ibu bersalin juga ingin kekal seperti seorang perawan.

Kelebihan dan keistimewaan Lady Cheer :

1. Merawat keputihan
2. Merawat kegatalan pada bahagian vagina
3. Melancarkan perjalanan haid
4. Penyubur kandungan wanita
5. Mengecut dan merawat kembali vagina

Kelebihan Herba Yang Digunakan:

Sireh (Piper betel)

1. Merawat keputihan dengan merencatkan perkembangan kulat (Candica Albican) yang menjadi penyebab keputihan.

2. Antiseptik untuk mengubati gatal dan alahan pada kulit serta ruam.

3. Melancarkan perjalanan haid dan penyubur kandungan/rahim wanita.

Manjakani (Croton caudatum)

1. Sebagai elemen perawat dinding vagina.

2. Membuang lendir dan partikal asing pada vagina.

3. Menstabilkan pH vagina.

4. Mengecutkan vagina serta merawat kembali saluran peranakan.

5. Membantu metabolisma dengan mengekalkan Vitamin E pada epidermis.

Serapat (Parameria laevigata)

1. Merawat saluran peranakan dengan mengimbangi pH serta keasidan vagina

Dengan beberapa titis sahaja anda akan merasai perbezaannya. Mulai hari anda sebagai wanita anggun penuh keyakinan! Adik wangi Abang pun sayang!

Harga Pengguna untuk berniaga online (tidak termasuk kos penghantaran):

Semenanjung Malaysia: RM 18
Sabah & Sarawak: RM 22

Nilai Mata (NM): 5

© 2010 Copyright http://berniaga-online.blogspot.com

Tuesday, November 30, 2010

Masak Sayur Campur Arak

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Jauhilah minuman keras, kerana sesungguhnya minuman keras itu punca dari segala kejahatan.” (Riwayat Hakim)

Salam, apa khabar semua usahawan berniaga online?

Berikut adalah berita yang mengecewakan bagi umat islam yang prihatin. Kisah ini telah disiarkan oleh akhbar KOSMO pada Khamis 25 November 2010. Ia bertajuk: "Jakim serbu restoran berasaskan sayur-sayuran guna logo halal palsu. Masak sayur campur arak"

PETALING JAYA - Sebuah restoran yang menyajikan makanan berasaskan sayur-sayuran di Jalan 8/1E di sini diserbu semalam selepas didapati menggunakan bahan masakan mengandungi arak tetapi memaparkan logo halal palsu yang didakwa dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Logo halal palsu itu dengan saiz yang agak besar ditampal pada pintu masuk hadapan premis tersebut bagi mengaburi pelanggan beragama Islam sejak lima tahun lalu.

Serbuan dilakukan oleh lapan anggota penguat kuasa Jakim dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor pada pukul 11 pagi.

Bagaimanapun tiada pelanggan ketika serbuan dilakukan.

Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Cawangan Hab Halal Jakim, Mohd. Amri Abdullah berkata, pemeriksaan awal mendapati premis itu menggunakan bahan masakan yang meragukan selain tukang masak dari Myanmar.
Penolong Pegawai Perihal Dagangan KPDNKK Selangor, Saiful Aznan Mohd. Isa menunjukkan botol mengandungi ramuan masakan mengandungi arak yang digunakan oleh sebuah restoran di Petaling Jaya semalam.
----------------------------------------------------------------------------------
Kita umat islam tidak boleh berdiam diri saja. Kisah ini menunjukkan betapa lemahnya penguatkuasaan undang-undang yang ada. Taukeh restoran tu langsung tak kisah. Mengikut kata Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Cawangan Hab Halal Jakim, Mohd Amri Abdullah, "Malah pemiliknya mengaku ada pelanggan beragama islam datang menikmati hidangan di sini kerana yakin dengan status halal yang dipaparkan".

Sementara itu, Penolong Pengawal Perihal Dagangan KPDNKK Selangor, Mohd Sukri Mohamad berkata, pemilik premis yang berusia 40-an itu sedar akan kesalahan yang dilakukan namun dia masih enggan menanggalkan pelekat logo halal Jakim palsu itu sehinggalah diserbu.

Restoran tersebut bagaimanapun dibenarkan meneruskan operasi seperti biasa selepas pemiliknya diarah menanggalkan logo palsu itu. Lepas begitu saja?

Sebab itu umat islam yang bertaqwa sentiasa berhati-hati setiap kali ingin menjamah apa jua makanan. Biar berlapar tak apa jangan sampai terjamah makanan haram. Cuba ambil contoh ini:

Seseorang telah memasukkan makanan yang tercemar kedalam makanan kita, sehingga akhirnya kita keracunan makanan (muntah-muntah dan cirit birit). Adakah kita berdosa memakannya? Sudah tentu tidak kerana kita tidak tahu. Orang yang memasukkan itulah yang berdosa. Tetapi kesan dan akibatnya tetap dirasai oleh kita yang memakannya.

Oleh itu marilah bersama HPA untuk mengubah senario yang berlaku hari ini. Umat islam mesti menguasai perusahaan makanan untuk mengelakkan perkara ini dari berulang lagi. HPA sudah menyediakan prasana yang mencukupi untuk kita memulakan langkah tersebut.

Untuk berniaga online anda boleh menyertai HPA hari ini juga. Sila lawat link berniaga online . Ataupun anda boleh juga menyertai HPA secara offline. Semua terserah kepada anda. Adakah anda hanya pandai bercakap atau anda memang cepat bertindak?

© 2010 Copyright http://berniaga-online.blogspot.com

Sunday, November 14, 2010

Seorang Sembelih 1000 Ekor Ayam Sehari

Membaca berita KOSMO pada hari Sabtu lepas (13 Nov 2010) membuatkan hati merasa terkilan, sedih, marah dan kecewa. Umat islam memang sungguh terdesak sekarang. Sebab itu keperluan untuk berniaga online samada bersama HPA atau mana-mana syarikat umat islam yang mengamalkan syariat islam sangat-sangat dituntut.

Perlu kita berniaga online bersama HPA kerana mereka ada mengeluarkan ayam daging dan organik yang halal lagi toyyibah.

Cuba baca berita tersebut di bawah:

SELAYANG - Hanya seorang tukang sembelih ditugaskan untuk menyembelih sebanyak 1,000 ekor ayam dalam tempoh sehari.

Fakta ini mungkin boleh mengundang rasa takjub namun hakikatnya apabila dinilai daripada sudut hukum syarak, ia boleh menimbulkan keraguan khususnya melibatkan kualiti penyembelihan yang mungkin menyebabkan ayam disembelih dikira bangkai.

Itulah hasil penemuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada pemeriksaan terhadap lima buah premis pusat penyembelihan berdekatan Pasar Borong Selayang di sini awal pagi kelmarin.

Dalam operasi yang disertai oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pada pukul 1 pagi itu, JAIS bertindak menggantung tauliah seorang penyembelih yang bertugas di salah sebuah daripada lima premis itu ekoran timbul keraguan terhadap kualiti penyembelihan.

Penolong Pengarah Unit Halal, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan JAIS, Ahmad Solihin Maryakon berkata, sesebuah premis wajib menyediakan sekurang-kurangnya tiga orang penyembelih yang bertauliah untuk menjalankan kerja-kerja penyembelihan.

Katanya, langkah itu bagi menjamin kualiti penyembelihan yang konsisten termasuk faktor ayam yang disembelih mati berpunca daripada sembelihan yang dibuat.

- KOSMO 13 Nov 2010.
-------------------------------------------------------------------------------

Dulu kita terkejut dapat berita ayam dan daging disimpan bersama daging babi dalam peti sejuk yang sama. Hari ini pun terkejut lagi. Esok entah apa lagi?

Setujukah para pembaca semua kalau kita katakan salah satu punca berlakunya pembuangan bayi yang berleluasa sekarang adalah disebabkan oleh makanan haram dan syubhah?

Baca lagi detail di sini

© 2010 Copyright http://berniaga-online.blogspot.com

Saturday, September 18, 2010

Open House: Pastikan Juadah Halal

Salam,

Setelah penat berniaga online, maka ambillah sedikit peluang pada hari yang mulia ini untuk menziarahi sanak-saudara dan sahabat-handai.

Rata-rata nampaknya begitu bersungguh-sungguh sebahagian masyarakat melayu selepas bercuti Hari Raya Aidilfitri bersiap sedia untuk buat open house. Memang bagus kalau bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita. Tetapi malang majlis tersebut kalau ia dipenuhi pula dengan maksiat. Maka perlulah kita berhati-hati.

Elakkan pembaziran kerana membazir itu perbuatan syaitan sedangkan syaitan itu sangat kufur kepada Allah, elakkan pergaulan bebas antara bukan muhrim, elakkan perbuatan menunjuk-nunjuk, pastikan makanan yang dihidangkan adalah halal dan tidak syubhah dan sebagainya.

Contohnya, adakah ayam dan daging yang dihidangkan halal dan toyyibah?
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd. Aziz berkata, "pengguna mempunyai hak untuk memilih dan mengenal pasti bahan yang dibeli disahkan halal seperti ayam daging dan produk yang berasaskan haiwan."

"...pastikan hanya makanan halal, terjamin kualiti, bersih lagi selamat dijadikan sebagai hidangan," katanya lagi. Kenyataan beliau ini telah disiarkan dalam Kosmo keluaran Isnin, 6 September 2010 (sila lihat keratan dibawah).
Anda boleh dapatkan sebahagian makanan halal dari hpa industries atau dari mana-mana pengeluar makanan islam yang diyakini. Jika bersama hpa, anda boleh juga menambah pendapatan sampingan dengan cara berniaga online.

Maka seperti biasa kita akhiri dengan sepotong hadith yang diriwayatkan oleh Saidina Ali ra, Rasulullah saw ada bersabda yang bermaksud:

“Wahai Ali! Sesiapa makan makanan yang halal, maka cerahlah fahaman agamanya dan lembutlah hatinya dan tidak tertutup doanya kepada Allah.”

Wallahualam.

© 2010 Copyright http://berniaga-online.blogspot.com

Tuesday, September 7, 2010

Menu Ramadan + Wine - Terima Kasih Tuhan, Ianya Jumaat (TG Friday's)

Berikut adalah email dari aidahayu berkenaan penipuan makanan haram yang dihidangkan kepada umat islam dengan berselindung disebalik logo halal Jakim palsu.

Menu Ramadan + Wine - Terima Kasih Tuhan, Ianya Jumaat (TG Friday's)

Subang Parade
Subang
25 Ogos, 2010

Sudah berapa ramai umat Islam yang menelan makanan di sini.

Sudah berapa ramai umat Islam ‘berbuka puasa’ di sini dengan Menu Ramadan yang dihidangkan.

Dan bagi mereka yang pernah makan di sini samada di bulan Ramadan atau hari-hari lain, sudah terang-terang berlaku penipuan dalam gambaran halal yang diberikan.

Kerana restorn makanan barat ini, memang telah diketahui menghidangkan arak di dalam menunya, malah arak boleh dilihat dengan jelas di dalam premis ini.
Mana mungkin dikeluarkan sijil halal oleh pihak berkuasa kepada premis sebegini.

Malangnya, demi menjaga standard,imej ataupun maukan kelainan, umat Islam sanggup memejamkan mata, memekakkan telinga – bedal apa sahaja yang terhidang.

Serbuan dilakukan oleh Unit Aduan Halal Jakim bersama KPDNKK berikutan aduan awam yang mendakwa terdapat keraguan dalam hidangan �Buffet Ramadan� di situ.

Menu makanan bercampur arak Jack Daniels – ada logo halal lagi…
Hasil pemeriksaan didapati bahawa restoran tersebut ada menawarkan menu utk berbuka puasa walhal restoran tersebut statusnya adalah tidak halal.

Lebih mengejutkan lagi terdapat pada menu utama Logo halal JAKIM dan ditampal logo tersebut pada semua hidangan yang tidak halal.

Menurut maklumat wakil syarikat, restoran tersebut telah beroperasi sejak 15 tahun lalu dan memang menyediakan makanan yang tidak halal yang mengandungi alkohol atau dimasak dengan arak.

Penolong Pengarah Cawangan Halal KPDNKK, Ismail Hamzah berkata, Syarikat tersebut telah menggunakan perbahasaan halal dan menggunakan logo halal JAKIM tanpa sijil Halal yang sah.

Penggunaan terma �Buffet Ramadan� atau �Menu berbuka puasa� boleh mengelirukan pengunjung yang beragama Islam dan ada yang telah menjamu selera dengan memakan makanan yang tidak halal.

Menurutnya, dalam pemeriksaan rapi yang dibuat mendapati makanan yang disediakan seperti daging dan ayam di rendam dan dicampur dengan arak dan di peram.


Antara bahan utama untuk pemeraman – red wine

Pemeriksaan lanjut di bahagian dapur restoran menemui beberapa botol wain masakan yang digunakan oleh chef sebagai bahan dalam masakan.

Chef bukan beragama Islam berkenaan mengaku mencampurkan wain terbabit ketika memasak juadah yang turut disajikan di dalam hidang bufet Ramadan dan turut mengaku memasukkan kicap mengandungi alkohol di dalam kebanyakan masakannya yang dianggap sebagai perisa tambahan bagi menyedapkan masakan.

Pemeriksaan lanjut turut mendapati berlaku penyalahgunaan logo halal Jakim apabila logo terbabit sengaja dicetak pada lampiran menu yang diedarkan kepada pelanggan,dan mendapati semua helaian katalog ,menu yang ditawarkan restoran terbabit sengaja diletakkan logo halal Jakim palsu.

Antara bahan mentah tidak halal dan mengandungi alkohol


Jelas, pemilik restoran tidak pernah memohon sijil halal dan pihak Jakim pastinya tidak akan membenarkan logo terbabit diguna pakai berikutan restoran berkenaan turut menawarkan arak kepada pelanggan.

Restoran benar-benar cuba memanipulasikan logo halal Jakim selain mengeksploitasi bufet Ramadan resipi `arak’ bagi mengaut keuntungan lebih.

Susulan penemuan mengejutkan itu, semua katalog yang mempunyai logo halal Jakim palsu berkenaan selain risalah iklan berkaitan bufet Ramadan ditawarkan dirampas.

Pengurusan restoran diberikan notis berdasarkan kesalahan dilakukan kerana memalsukan logo halal Jakim,

Pengusaha boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 15(1) Akta Perihal Dagangan 1972 yang membawa hukuman denda RM250,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Sebagai peringatan:

Inilah yang dinamakan serangan terhadap umat Islam dengan cara halus, iaitu dengan cara menggunakan Formula 3F:

1 - Serangan melalui Fashion (fesyen)

2 -Serangan melalui Fun (hiburan)

3 - Serangan melalui Food (makanan).


Semua telah berjaya mereka kuasai. Sedarlah wahai ummah!!!

Samada berniaga online atau pun offline sama saja kita sebagai umat islam mesti sentiasa memastikan makanan kita adalah halal dan toyyibah.
----------------------------------------------------------------------------------
Hadith renungan:

1. Abu Abdillah a.s. bersabda: “Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir”.

2. Sabda Nabi s.a.w, “Barang siapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”

3. Rasulullah s.a.w, bersabda: “Minumlah minyak zaitun dan gunakanlah ia sebagai minyak rambut kerana minyak zaitun berasal dari pohon yang diberkati”
----------------------------------------------------------------------------------
© 2010 Copyright http://berniaga-online.blogspot.com

Wednesday, April 21, 2010

Non- Halal Chocolates (Mars starts using animal products)

Untuk berniaga online bersama HPA, kita tidak boleh lari dari memperkatakan tentang halal dan haramnya sesuatu produk yang dihasilkan. Oleh kerana itulah juga kita semua maklum salah satu sebab kenapa HPA ditubuhkan ialah untuk menyediakan produk halal untuk ummah.

Untuk post kali ini, mari kita baca e-mail di bawah yang saya terima dari sahabat saya tidak lama dulu.

----- Original Message -----
From:
To: recipients

Sent: Monday, December 15, 2008 8:28 AM
Subject: Fw: Non- Halal Chocolates

Dear All,

All the below Masterfood Company Chocolate Products (Mars) are no longer Halal. They started using Animal product rennet (pork) in it for products that have expiry date after 1 st of October 2007.

Check this article from BBC News: BBC NEWS | Business | Mars starts using animal products

And this from the Vegetarian Society: http://www.vegsoc. org/news/ 2007/mars.html

• Bounty
• Celebrations
• Dove Chocolate
• Flyte
• Galaxy
• Kudos (North America)
• Lockets
• M-Azing (North America)
• Maltesers
• M&M's
• Mars Bar
• Mars Delight
• Milky Way
• Minstrels (UK only)
• Mars Planets (newly inroduced in UK)
• Skittles
• Snickers (The top-selling candy bar in the United States. Known in the UK as Marathon until 1990)
• Starbur st (Originally Opal Fruits in the UK)
• 3 Musketeers (North America)
• Topic
• Twix
• Snicker's Marathon Energy Bar
• AquaDrops



Please forward this message to your friends.

© 2010 Copyright http://berniaga-online.blogspot.com

Thursday, April 15, 2010

Ayam Organik HPA

Berniaga online Ayam Organik HPA bukan lagi sesuatu yang pelik. Tidak lama lagi ia akan menjadi perkara biasa saja. Seperti juga konsep menaja dalam sistem MLM, siapa sangka sekarang ia boleh dilakukan secara online?


double click untuk membesarkan imej diatas.

Cerita mengenai Ayam sentiasa hangat. Ini kerana Ayam adalah makanan kegemaran generasi kini. Lihatlah sendiri KFC, Nandos, Kenny Roger Rosters dan sebagainya sentiasa penuh dengan pengunjung

Kisah ayam cucuk bukan lagi menjadi berita yang menggemparkan kerana selalu di war-warkan dan sekelip mata saja kita akan melupakannya. Persoalannya adakah ayam yang kita nikmati sehari-hari diternak dan di sembelih mengikut syariat islam? Sekadar renungan, tindakan perlu di ambil untuk memastikan makanan yang kita ambil dan di hidangkan kepada orang adalah yang halal lagi baik (halalan toyyiba).

Menyedari masalah ini HPA telah membuat penternakan ayam organik sebagai alternatif kepada ayam biasa yang di jual di pasaran. Juga bagi mereka yang berada di Sungai Petani dan Alor Setar, Radix Fried Chicken (RFC) yang menhidangkan menu ayam goreng organik sedia di nikmati. Bagi penggemar nasi ayam pula, restoran Radix Organik Recipe meneyediakan nasi ayam organik.

Anda tidak perlu ragu-ragu lagi dengan status halal ayam orgnik HPA. Ini adalah kerana aktiviti-aktiviti perniagaan HPA termasuk penternakan ayam sentiasa di pantau oleh Panel syariah HPA. HPA juga telah menurunkan harga ayam organik dari RM 19 kepada RM 15 bagi sebungkus (1.5 kg hingga 2 kg)

Anda dinasihatkan (atau dirayu) bersama-sama HPA untuk memartabatkan ekonomi umat islam dan seterusnya memastikan umat islam sentiasa mendapat bekalan ayam yang diyakini status halal haramnya.

Mari berniaga online hari ini.

(c) 2010 Copyright http:// berniaga-online.blogspot.com

Posted by Picasa

Friday, January 29, 2010

Sardin Halal

Sardin dalam sos tomato
Inilah dia satu lagi produk halal dari HPA yang anda boleh gunakan untuk berniaga online. Tidak perlu lagi was-was atau ragu-ragu. Mari kita kongsikan bersama-sama dengan keluarga dan sahabat handai.


Pasaran Sardin

Pasaran untuk sardin dalam bentuk tin sangat tinggi sehinggakan dalam waktu yang terdekat sahaja hampir semua cawangan HPA kehabisan stoknya. Pemintaan yang tinggi ini di jangka akan berterusan memandangkan hanya satu sahaja syarikat pengetinan sardin yang di miliki oleh bumiputra di Malaysia.

HPA menjadikan produk ini sebagai salah satu produk halal yang dipasarkan di dalam sistem MLM Syariahnya. Ramai pengguna berkata bahawa mereka sudah lama tidak mengambil sardin dalam bentuk tin disebabkan kesukaran mendapatkan produk Islam. Selain daripada sardin, HPA juga bercadang untuk pengetinan ayam, lembu, bilis dan kambing. Sudah sampai masanya rangkaian produk halal akan menguasai pasaran lokal dan dunia. InsyaAllah

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 6.50
Sabah & Sarawak: RM 8.00

Berat
425g

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 5.50
Sabah & Sarawak: RM 7.00
Nilai Mata (NM): 1

Tip dari blog berniaga online:
Al-Quran mengajar manusia untuk mandi sebelum subuh, sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari terbit. (sekitar pukul 4.00 hingga 6.00 pagi). Dengan cara ini, air yang sejuk mampu meresap kedalam badan sekaligus mengurangi masalah penimbunan lemak. Buktinya kebanyakan orang yang mandi pagi tidak gemuk.

© 2010 Copyright http://berniaga-online.blogspot.com

Monday, January 18, 2010

RADIX COLA



HPA menyediakan banyak produk untuk kita berniaga online. Salah satu produk istimewanya adalah Radix Cola.

Radix Cola adalah minuman ringan yang hebat. Ia dapat memberikan kesegaran dan keseronokan untuk dinikmati. Sesuai untuk dihidangkan dalam pelbagai majlis dan suasana. Formula khas herba dalam minuman ini menjadikannya istimewa dan berbeza dengan pesaingnya dan rasa colanya pula memang yang sebenar.

Kemunculan minuman ringan ini diharap dapat memberikan alternatif kepada para penggemar minuman berkarbonat untuk memilih kehidupan yang lebih sihat dan pilihan anda adalah pilihan bertaraf dunia. Tambahan lagi sebagai seorang Muslim kita mesti memberi sokongan padu kepada produk yang diyakini kesucian dan kehalalannya.

Radix Cola dapat memberi tenaga, berkhasiat dan yang penting halal lagi baik. Radix Cola muncul dengan TEKANAN GAS sederhana serta kandungan gula yang jauh lebih rendah daripada minuman berkarbonat yang ada di pasaran dan sesuai untuk semua lapisan umur.


Fakta Nutrisi Radix Cola:


RADIX COLA 1500ml :

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 3.50
Sabah & Sarawak: RM 3.80

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 3.30
Sabah & Sarawak: RM 3.50

Nilai Mata (NM): 1

RADIX COLA 500ml :

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 2.50
Sabah & Sarawak: RM

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 2.00
Sabah & Sarawak: RM

Nilai Mata (NM): 0.3

Jika anda masih tercari-cari peluang untuk berniaga, maka HPA telah pun menyediakan peluang tersebut. Apatah lagi anda dapat pula berniaga online bersama kumpulan kami hari ini. Anda tentu ingin tahu lebih lanjut bagaimana kami berupaya membina rangkaian downline secara auto. Daftar di sini untuk mengetahui caranya.

(c) 2010 Copyright http://berniaga-online.blogspot.com

Saturday, January 16, 2010

Konsep Halal dan Haram

Bertemu kembali. Sebagai usahawan Muslim yang ingin berniaga online dan sentiasa berusaha mencari yang rezeki yang halal dalam kehidupannya, maka pertama-tamanya marilah kita selami apa itu maksud halal. Sila baca selanjutnya.

Maksud Halal:
”Halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh Hukum Syarak. Takrif Halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan “Halal”) 1975 adalah seperti berikut:

Apabila digunakan berhubung dengan makanan dalam apa-apa juga bentuk dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan sebagai suatu perihal dagangan atau sebagai sebahagian daripada suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu, perbahasaan-perbahasaan ‘Halal’, ‘Ditanggung Halal’ atau ‘Makanan Islam’ atau apa-apa perbahasaan lain yang menunjukkan atau mungkin difahamkan sebagai menunjukkan bahawa orang-orang Islam adalah dibenarkan oleh agama mereka memakan makanan itu maka perbahasaan itu hendaklah mempunyai erti yang berikut, iaitu makanan yang berhubung dengan perbahasaan atau perbahasaan-perbahasaan itu digunakan:

a) bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh Hukum Syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak;

b) tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak;

c) tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut Hukum Syarak; dan

d) tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (a), (b) atau (c) atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak”.

~ dipetik dari http://www.halal.gov.my/corporate.php?ID=109&parent_id=91

Agama Islam memerintahkan umatnya mengambil yang halal dan meninggalkan yang haram berdasarkan firman Allah dan sabda Rasulullah s.a.w seperti yang terkandung dalam Surah Al-Baqarah (172) yang bermaksud: "Wahai orang beriman, makanlah makanan halal yang Kami kurniakan kepada kamu".

Hari ini penerimaan terhadap barangan dan perkhidmatan halal semakin meluas di kalangan masyarakat bukan Islam. Ini bermakna pasaran produk halal bukan saja terhad kepada negara Islam dan penduduk Islam. Ini kerana telah berlaku peningkatan kesedaran terhadap produk halal yang sinonim dengan produk yang selamat, berkhasiat, bersih dan suci.

Baru-baru ini Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan Pahang, Abu Samah Shabudin, berkata apa yang menyedihkan ialah apabila ramai pengeluar makanan halal datang dari negara bukan Islam.

Justeru, katanya peluang yang meluas untuk pasaran produk halal seharusnya direbut usahawan Muslim dengan permintaan produk halal yang tinggi di seluruh dunia.

Katanya " Kini di Asia Tenggara , Thailand sudah membina nama sebagai pengeluar makanan halal," Ini sesuatu yang memalukan bagi kita umat islam.

Lagi mengaibkan apabila kita umat islam tidak dapat menandingi negara-negara bukan dalam usaha untuk mengeluarkan bekalan daging halal. Sekarang ini "Pengeluar utama daging dunia adalah dari Brazil, Amerika Syarikat, Argentina, Australia, Kanada, China, India dan New Zealand”.

Sedangkan kita semua pun tahu keadaan geografi di Malaysia sangat berpotensi untuk dijadikan pusat penternakan haiwan seperti lembu atau kambing.

Usahawan bukan Islam di negara ini lebih menguasai pengeluaran makanan halal, berbanding usahawan Muslim, ulasnya lagi. "Alhamdulillah bagaimanapun, kita bersyukur kerana masih ada usahawan Muslim yang berusaha untuk berebut peluang menguasai pengeluaran makanan halal".

"Salah satu contoh terbaik ialah syarikat milik penuh Bumiputera Islam dari Kedah, Herba Penawar Al-Wahida (HPA) yang terkenal dengan pelbagai produk harian yang halal".

Sebagai umat islam mahu tidak mahu kita mesti memikirkan mengenai isu ini, apa yang membimbangkan ialah kesan kepada diri dan kerukunan bangsa kita pada masa akan datang. Kita semua maklum pemakanan halal mampu melahirkan Muslim yang sempurna dari segi rohani dan jasmani.

Sementara itu adalah menjadi tanggungjawab umat islam untuk menjelaskan dengan lebih mendalam kepada masyarakat bukan Islam di Malaysia mengenai konsep halal dan haram makanan mengikut perspektif Islam yang sebenarnya.

Contohnya yang perlu diambil perhatian adalah punca dari mana makanan itu diperolehi (seperti daging yang digunakan). Di antara perkara pokok yang perlu dijelaskan:

1. Campuran bahan makanan juga wajar diberi perhatian sama ada ia bebas dari campuran alkohol atau minyak lemak babi.

2. Kebanyakan masyarakat bukan Islam menganggap hanya khinzir makanan yang diharamkan dalam Islam. Oleh itu mereka perlu dijelaskan mengenai haiwan lain yang haram dimakan seperti haiwan bertaring, haiwan yang hidup dua alam dan binatang yang jijik seperti cicak.

3. Kaedah penyembelihan haiwan juga perlu dijelaskan kepada masyarakat bukan Islam yang kebanyakannya tidak tahu konsep penyembelihan haiwan dalam Islam.

4. Peniaga bukan Islam juga perlu memastikan haiwan yang mereka beli di pasaran perlu disembelih oleh syarikat yang mendapat pengiktirafan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum dipasarkan.

5. Cara pengurusan makanan serta pemprosesannya perlu terhindar daripada sebarang najis atau bercampur dengan bahan haram di sisi Islam.

6. Ada restoran yang mempamerkan lambang halal, tetapi bahan makanannya dicampur dengan arak atau alkohol atau barang terlarang di sisi Islam. Ini berlaku di kebanyakan restoran serta hotel yang menggunakan khidmat tukang masak luar negara.

Demikian, sekali lagi nama HPA menjadi pilihan sebagai syarikat MLM yang konsisten dalam usahanya untuk menjadi pengeluar produk halal untuk umat islam di Malaysia dan InsyaAllah ke seluruh dunia suatu masa nanti.

Oleh itu mari kita bersama berniaga online hari ini kerana peluang yang disediakan oleh HPA adalah sangat luas yang boleh menghasilkan pulangan lumayan jika kita istiqamah berusaha.

Untuk memulakan kerjaya bisnes anda secara online (24jam sehari), daftar sebagai ahli di sini. Ingat semuanya secara online.


c) 2010 Copyright http://berniaga-online.blogspot.com

Thursday, January 14, 2010

Ahli Panel Syariah HPA

Di antara perkara pokok yang perlu diberi perhatian apabila anda ingin mulakan berniaga online ialah adakah perniagaan tersebut menepati kehendak syariat? Syarikat yang menjalankan perniagaan tersebut adalah wajib menyediakan ahli panel syariah mereka sendiri.

Dalam hal ini anda tidak perlu ragu lagi apabila ingin berniaga online bersama HPA. Ini adalah kerana HPA telah mempunyai barisan ahli panel syariahnya sendiri.

Ahli Panel Syariah HPA
Ditubuhkan sebagai pemantau kepada perniagaan HPA dari semua sudut supaya tidak terlencong dari landasan yang dibenarkan Syarak

1. Ustaz Ahmad bin Ali (M.A Usul Fiqh, Universiti Al-Azhar)

2. Dr Mohd Nasir Hj Hamid (PHD Pengajian Islam UKM, Pensyarah UiTM Arau)

3. Ustaz Basri Abdul Ghani (M.A Ekonomi Islam UM, Pensyarah UiTM Arau)

4. Ustaz Nidho Abdul Rahman (B.A Al-Azhar, M.A Al-Quran dan Sunnah UKM, Pensyarah UUM)

5. Ustaz Ghadafi Hj Rofie (B.A Al-Azhar, M.A Hadith UKM, Pensyarah UUM)

6. Prof Madya Dr Ishak Sulaiman (PHD Hadith & Muamalah University of Wales UK)

7. Ustaz Hasan Zaid Ramli (B.A Al-Azhar, M.A syariah UKM, Pensyarah IPTS)

8. Ustaz Hasbullah Ali (B.A Al-Azhar, M.A Syariah UKM, Pensyarah IPTS)

9. YB.Ustaz Hashim Hj.Jasin (B.A Pengajian Islam, Universiti Baghdad)

10. Ustaz Ya Ali Bin Dahaman & Abdul Rahman (M.A Perundangan Islam UM, B.A Al-Quran Dan As-Sunnah UKM, Bekas Penyarah UITM)

11. Ustaz Ahmad Adnan Fadzil (B.A Syariah Al-Azhar, Pengurus) Pentadbiran HPA)

Demikianlah tiada lagi rasa syak atau was-was apabila anda menyertai HPA. Marilah bersama kita teguhkan ekonomi ummah hari ini dengan berniaga online.

Sertai group DuniaHerba hari ini dan mula menjana pendapatan lumayan lagi halal secara automatik (24 jam sehari). Klik di sini untuk mendaftar sebagai ahli. Ingat semuanya secara online.

c) 2010 Copyright http://berniaga-online.blogspot.com

Wednesday, January 13, 2010

Khasiat Kopi Radix




Khasiat Kopi Radix
Mari berniaga online hari ini. Dengan mengamalkan minum Kopi Radix setiap hari anda akan memperolehi banyak manfaat. Di antaranya:

Menghilangkan Sakit Sendi dan Sakit Pinggang
Penyakit arthritis dan rheumatism terjadi hasil daripada peradangan yang berpunca dari ketidak seimbangan suhu. Kesannya mewujudkan kelebihan asid seperti asid urik yang menyebabkan ghout. Kopi Radix akan bertindak secara diuretik (memperbanyakkan kencing) dengan melakukan pengimbangan suhu dan asid. Terdapat testimoni yang banyak yang menceritakan kelebihan penggunaan Radix yang dapat menghilangkan sakit pinggang dan lutut.

Demam Panas
Minuman Kopi Radix akan menghilangkan rasa hendak demam jika diambil pada peringkat awal kerana bahan yang terdapat dalam Radix akan meningkatkan sistem imuniti untuk membunuh kuman yang menyerang tubuh. Tindakan bioflavonoid akan meningkatkan lagi aktiviti sel-sel imuniti dengan mempercepatkan pergerakan ke tempat serangan. Minuman Kopi Radix akan menyebabkan seseorang itu kencing dengan banyak, berpeluh dan terasa dahaga. Kesan dahaga ini membuatkan seseorang pesakit itu banyak minum air di mana suhu tubuh akan kembali stabil.

Ketumbuhan
Bahan yang dikenali sebagai quassinoid yang terdapat dalam Radix merupakan bahan anti tumor yang boleh menghilangkan ketumbuhan di otak. Ini diperkuatkan lagi oleh kajian Dr. Azizah Hamid daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2000. Dalam kes yang sebenar, HPA mempunyai rekod menyembuhkan ketumbuhan di otak setelah pesakit diberikan Radix bersama Omega3 dan Spirulina.

Radix Untuk Kaum Wanita
Radix mempunyai bahan antioksidan yang boleh memerangkapkan radikal bebas yang menyebabkan pelbagai penyakit. Bagi wanita yang menghadapi masalah keputihan, lelehan cecair ini dapat dihilangkan dengan hanya meminum Kopi Radix, begitu juga dengan senggugut. Kopi Radix mempunyai kesan detoksifikasi yang boleh mengeluarkan keracunan di hati dan membetulkan perjalanan darah. Bagi wanita yang menopouse, mereka memerlukan pytoestrogen dan kalsium untuk tulangnya dan ini boleh didapati dalam Kopi Radix.

Kopi Radix Untuk Pesakit Kencing manis dan Darah Tinggi
Radix juga mengandungi betasitosterol dan stigmasterol yang bertindak sebagai hipoglisemik (menurunkan paras glukos). Kekuatan gandaan diuretik menjadikan Kopi Radix juga boleh digunakan untuk merawat hipertensi.

Kopi Radix Untuk Tenaga
Kesan afrodisiak meningkatkan tenaga kelakian dan baik jika disinergikan bersama Omega3. Bagaimana ini berlaku? Satu kajian yang dilakukan di Universiti Malaya (UM) menunjukkan bahawa tikus putih yang diberikan Radix menunjukkan penambahan 480% hormon jantan manakala tikus betina pula melahirkan anak jantan lebih daripada anak betina dengan nisbah 3:1.

Kopi Radix mengandungi 7 herba pilihan :
1. Tongkat Ali (AFRODISIAK/ANTIOKSIDAN).
2. Pokok Mata Pelanduk (DIURETIK).
3. Pokok Teja Lawang (KARMINATIF).
4. Pokok Tebu Gajah (ANTIDOT).
5. Pokok Mengkudu Hutan (LAXATIF).
6. Halban (IMUNITI).
7. Larak Hutan (KARDIOTONIK).

1. Kotak kecil: 15 paket

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 16
Sabah & Sarawak: RM19

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 13
Sabah & Sarawak: RM 16

Nilai Mata (NM): 5

2. Kotak Jumbo: 32 paket

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 32
Sabah & Sarawak: RM 38

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 26
Sabah & Sarawak: RM 32

Nilai Mata (NM): 10

3. Kopi berbentuk papan: 20 paket

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 21
Sabah & Sarawak: RM 23

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 16
Sabah & Sarawak: RM 19

Nilai Mata (NM): 6

Semoga ada manfaat dari penerangan di atas.
Jika anda berminat untuk berniaga online di samping boleh menyumbang untuk memartabatkan lagi ekonomi ummah, sila daftar di sini.




c) 2010 Copyright http://berniaga-online.blogspot.com

PERCUMA Ebook Panduan Menjana RM10 Ribu Sebulan. Sila isi maklumat di bawah dan klik Submit

Multi Level Marketing Menurut Shariah

Multi Level Marketing Menurut Shariah
www.zaharuddin.net - Wednesday, 13 January 2010

Labels

10sen (1) 2.6 juta (1) 200 (1) 28sen (1) 3% (1) 400 (1) A (1) Abas (2) affiliate (2) ahli (1) Ahli Panel Syariah HPA (1) akaun (3) autopilot (3) autoresponder (8) Ayam Organik HPA (1) Azizi Ali (1) B (1) bank (1) baru (1) Benarkah Madu Asli HPA Itu Asli? (1) berguna (1) berniaga (3) berniaga online (1) bisnes (1) bonus (2) breadtech (1) broadcast (1) buat (2) buka (1) buku (1) cake (1) call (1) Celcom (1) client (1) daftar (1) data (1) database (1) DEC (2) despatch (1) Diabetes (1) duit (2) e-mail (2) email (1) Facebook (2) fast (1) fast track (1) follow up (1) free (1) game (3) games (1) Halal (1) hamka (2) hayat (1) hba718 (1) Hidap (1) HPA (1) Ianya Jumaat (TG Friday's) (1) idp (1) IM (1) info (1) internet (2) join (1) Jutawan (1) JV (1) kakjah (1) kali (1) Kandungan Coke (1) kelebihan (1) KFC - Haram dimakan..artikle ni amik dari JAKIM..i pun baru surf hari ni.. (1) khasiat (1) khidmat (1) kogama (1) Konsep Halal dan Haram (1) Kopi Radix (1) Lady Cheer -Pembersih Khas Untuk Wanita (1) laris (1) list (1) lumayan (1) mailing (1) Malaysia (1) Masak Sayur Campur Arak (1) Maxis (1) Mazelan (2) MazelanAbas (1) Menu Ramadan + Wine - Terima Kasih Tuhan (1) murah (1) No.1 (1) nomborsatu (1) Non- Halal Chocolates (1) office boy (1) online (8) online game (2) Open House: Pastikan Juadah Halal (1) overview (2) panduan (2) pelan (1) penajaan (2) pendaftaran (1) pendapatan (3) Penduduk (1) penjimatan (1) Pepsi Didakwa Penyebab Kanser (1) percuma (1) perkara (1) play (1) potensi (1) prepaid (2) promosi (1) puk (1) Radix Cola (1) rahsia (1) rate (2) rebate (1) Recognizing Malaysia Halal Logo (Cara Mengenal Logo Halal Malaysia) (1) RM10k (1) rm20 (2) RM20k (1) RM494 juta (1) rm50 (1) rm90 (1) rosanne (1) Sardin (1) Sasa (1) selepas (1) Seorang Sembelih 1000 Ekor Ayam Sehari (1) sepanjang (1) SGO (1) sifu (3) simkad (4) SMS (3) Syaza (1) teknik (2) terlajak (1) terlajak laris (1) testimoni (1) tiga (2) tindakan (1) tips (3) toneexcel (8) tool (1) track (1) trafficwave (6) TTTE (3) TuneTalk (3) tutorial (1) usd (1) utama (1) video (2) what gummy candies are made of ? (1) work hard (1) work smart (1) zombie (1)