Rahsia RM10K Sebulan

Tuesday, May 24, 2011

KFC - Haram dimakan..artikle ni amik dari JAKIM..i pun baru surf hari ni..

KFC - Haram dimakan..artikle ni amik dari JAKIM..i pun baru surf hari ni..
by Siti Harliyana on Thursday, 19 May 2011 at 11:56
http://www.facebook.com/notes/siti-harliyana/kfc-haram-dimakanartikle-ni-amik-dari-jakimi-pun-baru-surf-hari-ni/148172815253848

Tajuk di atas diambil dari laman sosial facebook. Kesahihannya memang tidak dapat dibuktikan, walau bagaimana pun pihak seperti Jakim, Ustaz Daud Che Ngah dan pihak KFC sendiri sudah tentu boleh memberi penjelasan.

Sementara itu kita sebagai umat islam mesti berhati-hati dalam memilih makanan untuk dimakan. Dalam islam halal haram sudah jelas. Kalau ragu-ragu pun sudah dikira haram.

Kesimpulannya, tepuk dada tanya selera. Tak lama lagi khabarnya Radix Fried Chicken (RFC) akan dibuka di Bangi. InsyaAllah, ayam RFC dijamin halal lagi toyyibah. Marilah sama-sama kita sokong perniagaan yang bukan semata-mata nak cari untung.

Sebagai umat islam yang beriman setiap pekerjaan yang kita usahakan mestilah ada niat mengharap redha Allah. Dengan yang demikian insyaAllah kita tidak akan menipu dalam apa jua pekerjaan yang kita lakukan. Apatah lagi dalam penyediaan makanan.

Samada berniaga online atau offline, insyaAllah hanya redha Allah yang kita harapkan.

Kepada anda yang ingin tahu lebih lagi tentang info halal haram boleh juga lawat blog berikut http://makanan-islam.blogspot.com/.

© 2011 Copyright http://berniaga-online.blogspot.com

Wednesday, April 20, 2011

Recognizing Malaysia Halal Logo (Cara Mengenal Logo Halal Malaysia)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Walaupun berniaga online tidak memerlukan kita memohon sijil halal tetapi tanggungjawab kita adalah memastikan produk yang dijual adalah halal. Itu adalah kewajipan kita sebagai umat islam.

Di Malaysia setiap produk yang diiktiraf halal oleh Jakim akan diberi sijil dan logo halal. Untuk mengelakkan diri anda dari ditipu mari kenali secara dekat ciri-ciri logo halal Jakim yang asli.


1. Eight-pointed star is placed in the middle of the circle;
2. A word-Halal in Arabic – “حلآل” is placed in the middle of the star;
3. It is then followed a “HALAL” word in Roman;
4. The circle of the logo contains, the word "Malaysia" in Roman and Arabic ماليزيا.;
5. Two small five-pointed stars are placed to separate the Roman and Arabic word.
(Source: JAKIM)

Renungan:

Allah will destroy Riba (usury) and will give increase for Sadaqat (deeds of charity, alms, etc.) And Allah likes not the disbelievers, sinners.(Q.S. 2:276)

© 2011 Copyright http://berniaga-online.blogspot.com

Sunday, February 20, 2011

Kandungan Coke, Pepsi Didakwa Penyebab Kanser


Samada untuk berniaga online atau offline itu terpulang kepada anda. Tetapi rugi kalau dalam dunia tanpa sempadan sekarang ini kita tidak merebut peluang untuk berniaga online

Ambil contoh HPA, mereka banyak mengeluarkan produk bermutu yang halal lagi toyyibah. Dengan produk yang ada ini kita sebagai ahli boleh menjualnya secara online dan offline. Ini secara tak langsung boleh mendatangkan keuntungan maksima kepada ahli. Saya ingin memperkenalkan satu produk HPA hari ini iaitulah:

Radix Cola


Sinergi khas herba dalam minuman ini menjadikannya istimewa dan berbeza dengan pesaingnya dan rasa cola yang sebenar. Kehadiran minuman ringan ini diharap dapat memberikan alternatif kepada para penggemar minuman berkarbonat untuk memilih kehidupan yang lebih sihat dan pilihan anda adalah pilihan dunia. Radix Cola yang memberi tenaga, berkhasiat dan yang penting halal lagi baik.

Radix Cola muncul dengan TEKANAN GAS sederhana serta kandungan gula yang jauh lebih rendah daripada minuman berkarbonat yang ada di pasaran dan sesuai untuk semua lapisan umur.
Fakta Nutrisi Radix Cola: 

Minuman ini boleh dijadikan alternatif kepada minuman cola yang terdapat di pasaran sekarang ini. Minuman cola yang berada di pasaran kebanyakan telah kita sedia maklum lebih banyak mudharatnya daripada kebaikan kepada pengguna. Jadi eloklah sebagai umat islam kita mengelak dari membeli dan meminumnya.

Sebagai contoh baru-baru ini dalam suratkhabar Kosmo (19 Feb 2011) telah keluar satu berita yang bertajuk: 

“Kandungan Coke, Pepsi didakwa penyebab kanser”.
Berita yang dipetik dari New York itu berkata ramuan 2-MI dan 4-MI yg digunakan dalam coca-cola itu mengandungi sumber haiwan. Program Toksik Nasional AS mendakwa bahan – bahan tersebut boleh menyebabkan risiko kanser kepada peminumnya.


MasyaAllah! Takkan kita umat islam nak membinasakan diri kita pula dengan minuman tersebut. Apatah lagi kita sudah ada pilihan terbaik iaitulah Radix Cola. Buat apa lagi nak pilih yang lain? Tepuk dada tanyalah selera.

Mari bersama memartabatkan ekonomi ummah dengan menyokong produk halal lagi toyyibah dari HPA disamping dapat pula menjana ekonomi dengan cara berniaga online.

Dan kita akhiri coretan hari ini dengan satu hadith:
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Saidina Ali ra, Nabi ada bersabda yang bermaksud:
“Wahai Ali! Sesiapa makan makanan yang halal, maka cerahlah fahaman agamanya dan lembutlah hatinya dan tidak tertutup doanya kepada Allah.”



© 2011 Copyright http://berniaga-online.blogspot.com

Monday, January 24, 2011

Benarkah Madu Asli HPA Itu Asli?

Dalam proses untuk berniaga online kita mestilah cuba meramaikan kenalan samada secara online atau offline. Bila ramai kenalan kita boleh bertukar-tukar atau berkongsi ilmu. Dengan ilmu tersebut sedikit sebanyak dapatlah kita gunakan buat berniaga online. Contohnya seperti e-mail yang saya terima di bawah:

Salam ukhwah,
Ketika makan semasa program PBC di Anjung Rahmat baru-baru ini, saya diajukan soalan oleh seorang peserta PBC. Benarkah Madu Asli HPA itu asli? Kalau asli kenapa ianya dihurung semut? Dengan spontan saya menjawab kerana semut pun nak kan yang asli.

Allah jadikan madu daripada perut lebah itu bukannya untuk manusia sahaja tetapi untuk semua makhluknya. Kalau semut pun tak nak itu bukannya madu kerana kandungan gula di dalam madu ialah jenis fruktosa iaitu 300 molekul glukosa. Sebab itulah kalau kita nak kan tenaga segera daripada madu kita kena goncang atau kacau 1 sudu madu dalam segelas air suam sebanyak 300 kali.

Tapi janganlah nak disamakan pula gula daripada madu ini dengan gula daripada gula pasir. Gula daripada madu ini ubat kerana ianya semulajadi sedangkan gula daripada gula pasir itu beracun kerana ianya telah melalui proses kimia daripada hampas tebu.

Berkenaan dengan madu tiruan pula saya teringat kisah penjual madu jalanan 10 tahun sudah yang saya jumpa semula setelah ianya menyertai HPA di Klang baru-baru ini.

Katanya 10 tahun sudah sebenarnya ia menjual madu tiruan di kakilima Chow Kit dan di kawasan Masjid India Kuala Lumpur. Tapi orang ramai percaya kerana pertama ianya tidak dihurung semut dan kedua kerana harganya mahal.

Minda orang kita ini katanya percaya kalau mahal tu itulah yang asli. Lagi mahal lagi asli. Sedangkan madu yang dikatakan asli itu ia buat sendiri sahaja. Caranya ambil putik nenas diambil patinya dicampurkan dengan air gula melaka lalu dimasak dan dimasukkan dengan kapur makan. Kapur makan? Kapur makan itu kapur yang orang makan dengan sireh tu... memanglah panas.. patutlah semut pun tak mau dekat.. masuk peti ais pun tak boleh beku. Tapi orang kita ni itulah yang mereka percaya. Kena tipu hidup-hidup..

Sebenarnya madu yang paling tulen (lebih berkhasiat) dan terbaik di dunia adalah terdapat daripada lebah yang bersarang di hutan belantara dan di gurun-gurun pasir (pohon kurma).

Madu HPA diambil daripada negara Iran yang bersumberkan daripada pohon-pohon kurma, zaitun dan tiin. Kandungan airnya kurang daripada 17%. Madu yang mempunyai kandungan air yang tinggi melebihi 17% mudah terjejas oleh yis (yang boleh menyebabkan berlakunya proses penapaian). Akibatnya madu menjadi masam dan mengeluarkan gas. Itu yang kadang-kadang boleh meletup tu. Ingat! yang meletup tu dah hilang keasliannya walau pun asalnya asli.

Disini diberikan beberapa tips untuk mengenal madu yang benar-benar asli.

1. Madu asli lebih tumpat daripada air. Apabila dicampur dengan air biasa dalam satu gelas ia tidak cepat larut malah ia terus jatuh ke dasar gelas.
2. Bila dititis atas kertas ia tidak akan meninggalkan kesan apabila dilap.
3. Celupkan kepala macis ke dalam madu. Kepala macis yang terkena cairan madu masih boleh dinyalakan bila digesek.
4. Madu asli akan membentuk heksagen di dalam air yang tak dikacau.

Wallahualam. Semoga kita tidak ditipu lagi....

Ditulis oleh: PJS Jamaluddin Yeop Majlis

e-mail diterima daripada:
Muhamad Redza bin Ahmad Rodzi
WP Putrajaya, Malaysia
Email: muhamadredza@gmail.com

Allah berfirman di dalam surah An-Nahl: 68-69 yang bermaksud "Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah : "Buatlah sarang-sarang di bukit, di pokok-pokok kayu dan di tempat-tempat yang bi buat manusia.Kemudian makanlah dari setiap buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan untukmu. Dari perut lebah itu keluarlah minuman (MADU) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda(Kebesaran Allah) bagi orang yang berfikir."

Harga:
Semenanjung: RM 23.00 (tambah RM6.50 sahaja untuk penghantaran menggunakan pos laju)

Sabah & Sarawak: RM 27 (tambah RM6.50 sahaja untuk penghantaran menggunakan pos laju)

Jumpa lagi.
Selamat berniaga online.

© 2011 Copyright http://berniaga-online.blogspot.com

PERCUMA Ebook Panduan Menjana RM10 Ribu Sebulan. Sila isi maklumat di bawah dan klik Submit

Multi Level Marketing Menurut Shariah

Multi Level Marketing Menurut Shariah
www.zaharuddin.net - Wednesday, 13 January 2010

Labels

10sen (1) 2.6 juta (1) 200 (1) 28sen (1) 3% (1) 400 (1) A (1) Abas (2) affiliate (2) ahli (1) Ahli Panel Syariah HPA (1) akaun (3) autopilot (3) autoresponder (8) Ayam Organik HPA (1) Azizi Ali (1) B (1) bank (1) baru (1) Benarkah Madu Asli HPA Itu Asli? (1) berguna (1) berniaga (3) berniaga online (1) bisnes (1) bonus (2) breadtech (1) broadcast (1) buat (2) buka (1) buku (1) cake (1) call (1) Celcom (1) client (1) daftar (1) data (1) database (1) DEC (2) despatch (1) Diabetes (1) duit (2) e-mail (2) email (1) Facebook (2) fast (1) fast track (1) follow up (1) free (1) game (3) games (1) Halal (1) hamka (2) hayat (1) hba718 (1) Hidap (1) HPA (1) Ianya Jumaat (TG Friday's) (1) idp (1) IM (1) info (1) internet (2) join (1) Jutawan (1) JV (1) kakjah (1) kali (1) Kandungan Coke (1) kelebihan (1) KFC - Haram dimakan..artikle ni amik dari JAKIM..i pun baru surf hari ni.. (1) khasiat (1) khidmat (1) kogama (1) Konsep Halal dan Haram (1) Kopi Radix (1) Lady Cheer -Pembersih Khas Untuk Wanita (1) laris (1) list (1) lumayan (1) mailing (1) Malaysia (1) Masak Sayur Campur Arak (1) Maxis (1) Mazelan (2) MazelanAbas (1) Menu Ramadan + Wine - Terima Kasih Tuhan (1) murah (1) No.1 (1) nomborsatu (1) Non- Halal Chocolates (1) office boy (1) online (8) online game (2) Open House: Pastikan Juadah Halal (1) overview (2) panduan (2) pelan (1) penajaan (2) pendaftaran (1) pendapatan (3) Penduduk (1) penjimatan (1) Pepsi Didakwa Penyebab Kanser (1) percuma (1) perkara (1) play (1) potensi (1) prepaid (2) promosi (1) puk (1) Radix Cola (1) rahsia (1) rate (2) rebate (1) Recognizing Malaysia Halal Logo (Cara Mengenal Logo Halal Malaysia) (1) RM10k (1) rm20 (2) RM20k (1) RM494 juta (1) rm50 (1) rm90 (1) rosanne (1) Sardin (1) Sasa (1) selepas (1) Seorang Sembelih 1000 Ekor Ayam Sehari (1) sepanjang (1) SGO (1) sifu (3) simkad (4) SMS (3) Syaza (1) teknik (2) terlajak (1) terlajak laris (1) testimoni (1) tiga (2) tindakan (1) tips (3) toneexcel (8) tool (1) track (1) trafficwave (6) TTTE (3) TuneTalk (3) tutorial (1) usd (1) utama (1) video (2) what gummy candies are made of ? (1) work hard (1) work smart (1) zombie (1)