Rahsia RM10K Sebulan

Saturday, January 16, 2010

Konsep Halal dan Haram

Bertemu kembali. Sebagai usahawan Muslim yang ingin berniaga online dan sentiasa berusaha mencari yang rezeki yang halal dalam kehidupannya, maka pertama-tamanya marilah kita selami apa itu maksud halal. Sila baca selanjutnya.

Maksud Halal:
”Halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh Hukum Syarak. Takrif Halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan “Halal”) 1975 adalah seperti berikut:

Apabila digunakan berhubung dengan makanan dalam apa-apa juga bentuk dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan sebagai suatu perihal dagangan atau sebagai sebahagian daripada suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu, perbahasaan-perbahasaan ‘Halal’, ‘Ditanggung Halal’ atau ‘Makanan Islam’ atau apa-apa perbahasaan lain yang menunjukkan atau mungkin difahamkan sebagai menunjukkan bahawa orang-orang Islam adalah dibenarkan oleh agama mereka memakan makanan itu maka perbahasaan itu hendaklah mempunyai erti yang berikut, iaitu makanan yang berhubung dengan perbahasaan atau perbahasaan-perbahasaan itu digunakan:

a) bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh Hukum Syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak;

b) tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak;

c) tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut Hukum Syarak; dan

d) tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (a), (b) atau (c) atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak”.

~ dipetik dari http://www.halal.gov.my/corporate.php?ID=109&parent_id=91

Agama Islam memerintahkan umatnya mengambil yang halal dan meninggalkan yang haram berdasarkan firman Allah dan sabda Rasulullah s.a.w seperti yang terkandung dalam Surah Al-Baqarah (172) yang bermaksud: "Wahai orang beriman, makanlah makanan halal yang Kami kurniakan kepada kamu".

Hari ini penerimaan terhadap barangan dan perkhidmatan halal semakin meluas di kalangan masyarakat bukan Islam. Ini bermakna pasaran produk halal bukan saja terhad kepada negara Islam dan penduduk Islam. Ini kerana telah berlaku peningkatan kesedaran terhadap produk halal yang sinonim dengan produk yang selamat, berkhasiat, bersih dan suci.

Baru-baru ini Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan Pahang, Abu Samah Shabudin, berkata apa yang menyedihkan ialah apabila ramai pengeluar makanan halal datang dari negara bukan Islam.

Justeru, katanya peluang yang meluas untuk pasaran produk halal seharusnya direbut usahawan Muslim dengan permintaan produk halal yang tinggi di seluruh dunia.

Katanya " Kini di Asia Tenggara , Thailand sudah membina nama sebagai pengeluar makanan halal," Ini sesuatu yang memalukan bagi kita umat islam.

Lagi mengaibkan apabila kita umat islam tidak dapat menandingi negara-negara bukan dalam usaha untuk mengeluarkan bekalan daging halal. Sekarang ini "Pengeluar utama daging dunia adalah dari Brazil, Amerika Syarikat, Argentina, Australia, Kanada, China, India dan New Zealand”.

Sedangkan kita semua pun tahu keadaan geografi di Malaysia sangat berpotensi untuk dijadikan pusat penternakan haiwan seperti lembu atau kambing.

Usahawan bukan Islam di negara ini lebih menguasai pengeluaran makanan halal, berbanding usahawan Muslim, ulasnya lagi. "Alhamdulillah bagaimanapun, kita bersyukur kerana masih ada usahawan Muslim yang berusaha untuk berebut peluang menguasai pengeluaran makanan halal".

"Salah satu contoh terbaik ialah syarikat milik penuh Bumiputera Islam dari Kedah, Herba Penawar Al-Wahida (HPA) yang terkenal dengan pelbagai produk harian yang halal".

Sebagai umat islam mahu tidak mahu kita mesti memikirkan mengenai isu ini, apa yang membimbangkan ialah kesan kepada diri dan kerukunan bangsa kita pada masa akan datang. Kita semua maklum pemakanan halal mampu melahirkan Muslim yang sempurna dari segi rohani dan jasmani.

Sementara itu adalah menjadi tanggungjawab umat islam untuk menjelaskan dengan lebih mendalam kepada masyarakat bukan Islam di Malaysia mengenai konsep halal dan haram makanan mengikut perspektif Islam yang sebenarnya.

Contohnya yang perlu diambil perhatian adalah punca dari mana makanan itu diperolehi (seperti daging yang digunakan). Di antara perkara pokok yang perlu dijelaskan:

1. Campuran bahan makanan juga wajar diberi perhatian sama ada ia bebas dari campuran alkohol atau minyak lemak babi.

2. Kebanyakan masyarakat bukan Islam menganggap hanya khinzir makanan yang diharamkan dalam Islam. Oleh itu mereka perlu dijelaskan mengenai haiwan lain yang haram dimakan seperti haiwan bertaring, haiwan yang hidup dua alam dan binatang yang jijik seperti cicak.

3. Kaedah penyembelihan haiwan juga perlu dijelaskan kepada masyarakat bukan Islam yang kebanyakannya tidak tahu konsep penyembelihan haiwan dalam Islam.

4. Peniaga bukan Islam juga perlu memastikan haiwan yang mereka beli di pasaran perlu disembelih oleh syarikat yang mendapat pengiktirafan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum dipasarkan.

5. Cara pengurusan makanan serta pemprosesannya perlu terhindar daripada sebarang najis atau bercampur dengan bahan haram di sisi Islam.

6. Ada restoran yang mempamerkan lambang halal, tetapi bahan makanannya dicampur dengan arak atau alkohol atau barang terlarang di sisi Islam. Ini berlaku di kebanyakan restoran serta hotel yang menggunakan khidmat tukang masak luar negara.

Demikian, sekali lagi nama HPA menjadi pilihan sebagai syarikat MLM yang konsisten dalam usahanya untuk menjadi pengeluar produk halal untuk umat islam di Malaysia dan InsyaAllah ke seluruh dunia suatu masa nanti.

Oleh itu mari kita bersama berniaga online hari ini kerana peluang yang disediakan oleh HPA adalah sangat luas yang boleh menghasilkan pulangan lumayan jika kita istiqamah berusaha.

Untuk memulakan kerjaya bisnes anda secara online (24jam sehari), daftar sebagai ahli di sini. Ingat semuanya secara online.


c) 2010 Copyright http://berniaga-online.blogspot.com

Thursday, January 14, 2010

Ahli Panel Syariah HPA

Di antara perkara pokok yang perlu diberi perhatian apabila anda ingin mulakan berniaga online ialah adakah perniagaan tersebut menepati kehendak syariat? Syarikat yang menjalankan perniagaan tersebut adalah wajib menyediakan ahli panel syariah mereka sendiri.

Dalam hal ini anda tidak perlu ragu lagi apabila ingin berniaga online bersama HPA. Ini adalah kerana HPA telah mempunyai barisan ahli panel syariahnya sendiri.

Ahli Panel Syariah HPA
Ditubuhkan sebagai pemantau kepada perniagaan HPA dari semua sudut supaya tidak terlencong dari landasan yang dibenarkan Syarak

1. Ustaz Ahmad bin Ali (M.A Usul Fiqh, Universiti Al-Azhar)

2. Dr Mohd Nasir Hj Hamid (PHD Pengajian Islam UKM, Pensyarah UiTM Arau)

3. Ustaz Basri Abdul Ghani (M.A Ekonomi Islam UM, Pensyarah UiTM Arau)

4. Ustaz Nidho Abdul Rahman (B.A Al-Azhar, M.A Al-Quran dan Sunnah UKM, Pensyarah UUM)

5. Ustaz Ghadafi Hj Rofie (B.A Al-Azhar, M.A Hadith UKM, Pensyarah UUM)

6. Prof Madya Dr Ishak Sulaiman (PHD Hadith & Muamalah University of Wales UK)

7. Ustaz Hasan Zaid Ramli (B.A Al-Azhar, M.A syariah UKM, Pensyarah IPTS)

8. Ustaz Hasbullah Ali (B.A Al-Azhar, M.A Syariah UKM, Pensyarah IPTS)

9. YB.Ustaz Hashim Hj.Jasin (B.A Pengajian Islam, Universiti Baghdad)

10. Ustaz Ya Ali Bin Dahaman & Abdul Rahman (M.A Perundangan Islam UM, B.A Al-Quran Dan As-Sunnah UKM, Bekas Penyarah UITM)

11. Ustaz Ahmad Adnan Fadzil (B.A Syariah Al-Azhar, Pengurus) Pentadbiran HPA)

Demikianlah tiada lagi rasa syak atau was-was apabila anda menyertai HPA. Marilah bersama kita teguhkan ekonomi ummah hari ini dengan berniaga online.

Sertai group DuniaHerba hari ini dan mula menjana pendapatan lumayan lagi halal secara automatik (24 jam sehari). Klik di sini untuk mendaftar sebagai ahli. Ingat semuanya secara online.

c) 2010 Copyright http://berniaga-online.blogspot.com

Wednesday, January 13, 2010

Khasiat Kopi Radix




Khasiat Kopi Radix
Mari berniaga online hari ini. Dengan mengamalkan minum Kopi Radix setiap hari anda akan memperolehi banyak manfaat. Di antaranya:

Menghilangkan Sakit Sendi dan Sakit Pinggang
Penyakit arthritis dan rheumatism terjadi hasil daripada peradangan yang berpunca dari ketidak seimbangan suhu. Kesannya mewujudkan kelebihan asid seperti asid urik yang menyebabkan ghout. Kopi Radix akan bertindak secara diuretik (memperbanyakkan kencing) dengan melakukan pengimbangan suhu dan asid. Terdapat testimoni yang banyak yang menceritakan kelebihan penggunaan Radix yang dapat menghilangkan sakit pinggang dan lutut.

Demam Panas
Minuman Kopi Radix akan menghilangkan rasa hendak demam jika diambil pada peringkat awal kerana bahan yang terdapat dalam Radix akan meningkatkan sistem imuniti untuk membunuh kuman yang menyerang tubuh. Tindakan bioflavonoid akan meningkatkan lagi aktiviti sel-sel imuniti dengan mempercepatkan pergerakan ke tempat serangan. Minuman Kopi Radix akan menyebabkan seseorang itu kencing dengan banyak, berpeluh dan terasa dahaga. Kesan dahaga ini membuatkan seseorang pesakit itu banyak minum air di mana suhu tubuh akan kembali stabil.

Ketumbuhan
Bahan yang dikenali sebagai quassinoid yang terdapat dalam Radix merupakan bahan anti tumor yang boleh menghilangkan ketumbuhan di otak. Ini diperkuatkan lagi oleh kajian Dr. Azizah Hamid daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2000. Dalam kes yang sebenar, HPA mempunyai rekod menyembuhkan ketumbuhan di otak setelah pesakit diberikan Radix bersama Omega3 dan Spirulina.

Radix Untuk Kaum Wanita
Radix mempunyai bahan antioksidan yang boleh memerangkapkan radikal bebas yang menyebabkan pelbagai penyakit. Bagi wanita yang menghadapi masalah keputihan, lelehan cecair ini dapat dihilangkan dengan hanya meminum Kopi Radix, begitu juga dengan senggugut. Kopi Radix mempunyai kesan detoksifikasi yang boleh mengeluarkan keracunan di hati dan membetulkan perjalanan darah. Bagi wanita yang menopouse, mereka memerlukan pytoestrogen dan kalsium untuk tulangnya dan ini boleh didapati dalam Kopi Radix.

Kopi Radix Untuk Pesakit Kencing manis dan Darah Tinggi
Radix juga mengandungi betasitosterol dan stigmasterol yang bertindak sebagai hipoglisemik (menurunkan paras glukos). Kekuatan gandaan diuretik menjadikan Kopi Radix juga boleh digunakan untuk merawat hipertensi.

Kopi Radix Untuk Tenaga
Kesan afrodisiak meningkatkan tenaga kelakian dan baik jika disinergikan bersama Omega3. Bagaimana ini berlaku? Satu kajian yang dilakukan di Universiti Malaya (UM) menunjukkan bahawa tikus putih yang diberikan Radix menunjukkan penambahan 480% hormon jantan manakala tikus betina pula melahirkan anak jantan lebih daripada anak betina dengan nisbah 3:1.

Kopi Radix mengandungi 7 herba pilihan :
1. Tongkat Ali (AFRODISIAK/ANTIOKSIDAN).
2. Pokok Mata Pelanduk (DIURETIK).
3. Pokok Teja Lawang (KARMINATIF).
4. Pokok Tebu Gajah (ANTIDOT).
5. Pokok Mengkudu Hutan (LAXATIF).
6. Halban (IMUNITI).
7. Larak Hutan (KARDIOTONIK).

1. Kotak kecil: 15 paket

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 16
Sabah & Sarawak: RM19

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 13
Sabah & Sarawak: RM 16

Nilai Mata (NM): 5

2. Kotak Jumbo: 32 paket

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 32
Sabah & Sarawak: RM 38

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 26
Sabah & Sarawak: RM 32

Nilai Mata (NM): 10

3. Kopi berbentuk papan: 20 paket

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 21
Sabah & Sarawak: RM 23

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 16
Sabah & Sarawak: RM 19

Nilai Mata (NM): 6

Semoga ada manfaat dari penerangan di atas.
Jika anda berminat untuk berniaga online di samping boleh menyumbang untuk memartabatkan lagi ekonomi ummah, sila daftar di sini.




c) 2010 Copyright http://berniaga-online.blogspot.com

PERCUMA Ebook Panduan Menjana RM10 Ribu Sebulan. Sila isi maklumat di bawah dan klik Submit

Multi Level Marketing Menurut Shariah

Multi Level Marketing Menurut Shariah
www.zaharuddin.net - Wednesday, 13 January 2010

Labels

10sen (1) 2.6 juta (1) 200 (1) 28sen (1) 3% (1) 400 (1) A (1) Abas (2) affiliate (2) ahli (1) Ahli Panel Syariah HPA (1) akaun (3) autopilot (3) autoresponder (8) Ayam Organik HPA (1) Azizi Ali (1) B (1) bank (1) baru (1) Benarkah Madu Asli HPA Itu Asli? (1) berguna (1) berniaga (3) berniaga online (1) bisnes (1) bonus (2) breadtech (1) broadcast (1) buat (2) buka (1) buku (1) cake (1) call (1) Celcom (1) client (1) daftar (1) data (1) database (1) DEC (2) despatch (1) Diabetes (1) duit (2) e-mail (2) email (1) Facebook (2) fast (1) fast track (1) follow up (1) free (1) game (3) games (1) Halal (1) hamka (2) hayat (1) hba718 (1) Hidap (1) HPA (1) Ianya Jumaat (TG Friday's) (1) idp (1) IM (1) info (1) internet (2) join (1) Jutawan (1) JV (1) kakjah (1) kali (1) Kandungan Coke (1) kelebihan (1) KFC - Haram dimakan..artikle ni amik dari JAKIM..i pun baru surf hari ni.. (1) khasiat (1) khidmat (1) kogama (1) Konsep Halal dan Haram (1) Kopi Radix (1) Lady Cheer -Pembersih Khas Untuk Wanita (1) laris (1) list (1) lumayan (1) mailing (1) Malaysia (1) Masak Sayur Campur Arak (1) Maxis (1) Mazelan (2) MazelanAbas (1) Menu Ramadan + Wine - Terima Kasih Tuhan (1) murah (1) No.1 (1) nomborsatu (1) Non- Halal Chocolates (1) office boy (1) online (8) online game (2) Open House: Pastikan Juadah Halal (1) overview (2) panduan (2) pelan (1) penajaan (2) pendaftaran (1) pendapatan (3) Penduduk (1) penjimatan (1) Pepsi Didakwa Penyebab Kanser (1) percuma (1) perkara (1) play (1) potensi (1) prepaid (2) promosi (1) puk (1) Radix Cola (1) rahsia (1) rate (2) rebate (1) Recognizing Malaysia Halal Logo (Cara Mengenal Logo Halal Malaysia) (1) RM10k (1) rm20 (2) RM20k (1) RM494 juta (1) rm50 (1) rm90 (1) rosanne (1) Sardin (1) Sasa (1) selepas (1) Seorang Sembelih 1000 Ekor Ayam Sehari (1) sepanjang (1) SGO (1) sifu (3) simkad (4) SMS (3) Syaza (1) teknik (2) terlajak (1) terlajak laris (1) testimoni (1) tiga (2) tindakan (1) tips (3) toneexcel (8) tool (1) track (1) trafficwave (6) TTTE (3) TuneTalk (3) tutorial (1) usd (1) utama (1) video (2) what gummy candies are made of ? (1) work hard (1) work smart (1) zombie (1)