Rahsia RM10K Sebulan

Tuesday, September 7, 2010

Menu Ramadan + Wine - Terima Kasih Tuhan, Ianya Jumaat (TG Friday's)

Berikut adalah email dari aidahayu berkenaan penipuan makanan haram yang dihidangkan kepada umat islam dengan berselindung disebalik logo halal Jakim palsu.

Menu Ramadan + Wine - Terima Kasih Tuhan, Ianya Jumaat (TG Friday's)

Subang Parade
Subang
25 Ogos, 2010

Sudah berapa ramai umat Islam yang menelan makanan di sini.

Sudah berapa ramai umat Islam ‘berbuka puasa’ di sini dengan Menu Ramadan yang dihidangkan.

Dan bagi mereka yang pernah makan di sini samada di bulan Ramadan atau hari-hari lain, sudah terang-terang berlaku penipuan dalam gambaran halal yang diberikan.

Kerana restorn makanan barat ini, memang telah diketahui menghidangkan arak di dalam menunya, malah arak boleh dilihat dengan jelas di dalam premis ini.
Mana mungkin dikeluarkan sijil halal oleh pihak berkuasa kepada premis sebegini.

Malangnya, demi menjaga standard,imej ataupun maukan kelainan, umat Islam sanggup memejamkan mata, memekakkan telinga – bedal apa sahaja yang terhidang.

Serbuan dilakukan oleh Unit Aduan Halal Jakim bersama KPDNKK berikutan aduan awam yang mendakwa terdapat keraguan dalam hidangan �Buffet Ramadan� di situ.

Menu makanan bercampur arak Jack Daniels – ada logo halal lagi…
Hasil pemeriksaan didapati bahawa restoran tersebut ada menawarkan menu utk berbuka puasa walhal restoran tersebut statusnya adalah tidak halal.

Lebih mengejutkan lagi terdapat pada menu utama Logo halal JAKIM dan ditampal logo tersebut pada semua hidangan yang tidak halal.

Menurut maklumat wakil syarikat, restoran tersebut telah beroperasi sejak 15 tahun lalu dan memang menyediakan makanan yang tidak halal yang mengandungi alkohol atau dimasak dengan arak.

Penolong Pengarah Cawangan Halal KPDNKK, Ismail Hamzah berkata, Syarikat tersebut telah menggunakan perbahasaan halal dan menggunakan logo halal JAKIM tanpa sijil Halal yang sah.

Penggunaan terma �Buffet Ramadan� atau �Menu berbuka puasa� boleh mengelirukan pengunjung yang beragama Islam dan ada yang telah menjamu selera dengan memakan makanan yang tidak halal.

Menurutnya, dalam pemeriksaan rapi yang dibuat mendapati makanan yang disediakan seperti daging dan ayam di rendam dan dicampur dengan arak dan di peram.


Antara bahan utama untuk pemeraman – red wine

Pemeriksaan lanjut di bahagian dapur restoran menemui beberapa botol wain masakan yang digunakan oleh chef sebagai bahan dalam masakan.

Chef bukan beragama Islam berkenaan mengaku mencampurkan wain terbabit ketika memasak juadah yang turut disajikan di dalam hidang bufet Ramadan dan turut mengaku memasukkan kicap mengandungi alkohol di dalam kebanyakan masakannya yang dianggap sebagai perisa tambahan bagi menyedapkan masakan.

Pemeriksaan lanjut turut mendapati berlaku penyalahgunaan logo halal Jakim apabila logo terbabit sengaja dicetak pada lampiran menu yang diedarkan kepada pelanggan,dan mendapati semua helaian katalog ,menu yang ditawarkan restoran terbabit sengaja diletakkan logo halal Jakim palsu.

Antara bahan mentah tidak halal dan mengandungi alkohol


Jelas, pemilik restoran tidak pernah memohon sijil halal dan pihak Jakim pastinya tidak akan membenarkan logo terbabit diguna pakai berikutan restoran berkenaan turut menawarkan arak kepada pelanggan.

Restoran benar-benar cuba memanipulasikan logo halal Jakim selain mengeksploitasi bufet Ramadan resipi `arak’ bagi mengaut keuntungan lebih.

Susulan penemuan mengejutkan itu, semua katalog yang mempunyai logo halal Jakim palsu berkenaan selain risalah iklan berkaitan bufet Ramadan ditawarkan dirampas.

Pengurusan restoran diberikan notis berdasarkan kesalahan dilakukan kerana memalsukan logo halal Jakim,

Pengusaha boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 15(1) Akta Perihal Dagangan 1972 yang membawa hukuman denda RM250,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Sebagai peringatan:

Inilah yang dinamakan serangan terhadap umat Islam dengan cara halus, iaitu dengan cara menggunakan Formula 3F:

1 - Serangan melalui Fashion (fesyen)

2 -Serangan melalui Fun (hiburan)

3 - Serangan melalui Food (makanan).


Semua telah berjaya mereka kuasai. Sedarlah wahai ummah!!!

Samada berniaga online atau pun offline sama saja kita sebagai umat islam mesti sentiasa memastikan makanan kita adalah halal dan toyyibah.
----------------------------------------------------------------------------------
Hadith renungan:

1. Abu Abdillah a.s. bersabda: “Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir”.

2. Sabda Nabi s.a.w, “Barang siapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”

3. Rasulullah s.a.w, bersabda: “Minumlah minyak zaitun dan gunakanlah ia sebagai minyak rambut kerana minyak zaitun berasal dari pohon yang diberkati”
----------------------------------------------------------------------------------
© 2010 Copyright http://berniaga-online.blogspot.com

No comments:

PERCUMA Ebook Panduan Menjana RM10 Ribu Sebulan. Sila isi maklumat di bawah dan klik Submit

Multi Level Marketing Menurut Shariah

Multi Level Marketing Menurut Shariah
www.zaharuddin.net - Wednesday, 13 January 2010

Labels

10sen (1) 2.6 juta (1) 200 (1) 28sen (1) 3% (1) 400 (1) A (1) Abas (2) affiliate (2) ahli (1) Ahli Panel Syariah HPA (1) akaun (3) autopilot (3) autoresponder (8) Ayam Organik HPA (1) Azizi Ali (1) B (1) bank (1) baru (1) Benarkah Madu Asli HPA Itu Asli? (1) berguna (1) berniaga (3) berniaga online (1) bisnes (1) bonus (2) breadtech (1) broadcast (1) buat (2) buka (1) buku (1) cake (1) call (1) Celcom (1) client (1) daftar (1) data (1) database (1) DEC (2) despatch (1) Diabetes (1) duit (2) e-mail (2) email (1) Facebook (2) fast (1) fast track (1) follow up (1) free (1) game (3) games (1) Halal (1) hamka (2) hayat (1) hba718 (1) Hidap (1) HPA (1) Ianya Jumaat (TG Friday's) (1) idp (1) IM (1) info (1) internet (2) join (1) Jutawan (1) JV (1) kakjah (1) kali (1) Kandungan Coke (1) kelebihan (1) KFC - Haram dimakan..artikle ni amik dari JAKIM..i pun baru surf hari ni.. (1) khasiat (1) khidmat (1) kogama (1) Konsep Halal dan Haram (1) Kopi Radix (1) Lady Cheer -Pembersih Khas Untuk Wanita (1) laris (1) list (1) lumayan (1) mailing (1) Malaysia (1) Masak Sayur Campur Arak (1) Maxis (1) Mazelan (2) MazelanAbas (1) Menu Ramadan + Wine - Terima Kasih Tuhan (1) murah (1) No.1 (1) nomborsatu (1) Non- Halal Chocolates (1) office boy (1) online (8) online game (2) Open House: Pastikan Juadah Halal (1) overview (2) panduan (2) pelan (1) penajaan (2) pendaftaran (1) pendapatan (3) Penduduk (1) penjimatan (1) Pepsi Didakwa Penyebab Kanser (1) percuma (1) perkara (1) play (1) potensi (1) prepaid (2) promosi (1) puk (1) Radix Cola (1) rahsia (1) rate (2) rebate (1) Recognizing Malaysia Halal Logo (Cara Mengenal Logo Halal Malaysia) (1) RM10k (1) rm20 (2) RM20k (1) RM494 juta (1) rm50 (1) rm90 (1) rosanne (1) Sardin (1) Sasa (1) selepas (1) Seorang Sembelih 1000 Ekor Ayam Sehari (1) sepanjang (1) SGO (1) sifu (3) simkad (4) SMS (3) Syaza (1) teknik (2) terlajak (1) terlajak laris (1) testimoni (1) tiga (2) tindakan (1) tips (3) toneexcel (8) tool (1) track (1) trafficwave (6) TTTE (3) TuneTalk (3) tutorial (1) usd (1) utama (1) video (2) what gummy candies are made of ? (1) work hard (1) work smart (1) zombie (1)